Selasa, 6 April 2010

Persembahan kemuncak seni 2010 Pelajar Pendidikan Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kemuncak Seni 2010 akan dipersembahkan berpandukan format baru persembahan. Format ini di revolusikan dari format lama persembahan Kemuncak Seni yang terdahulu dengan garapan yang lebih teliti dan terperinci bagi semua item-item persembahan muzik dengan kaedah penyampaian teater dan seni seni tari. Kaedah ini bertujuan untuk menghasilkan persembahan tunggal (one show) bukan yang terpisah-pisah dan berdiri dengan sendirinya ( stand alone). Penonton akan merasakan pengalaman, hiburan dan merasai bagaikan satu persembahan. Secara amnya Kemuncak Seni 2010 akan mempunyai lima item muzikal dan akan digarap dengan sebuah item persembahan teater. Garapan inilah yang akan menguji tahap kemahiran dan kreativit dalam muzik dan seni persembahan (performing art) ahli Kemuncak Seni 2010 dalam menghasilkan sebuah persembahan bertaraf universiti.

Disamping itu juga kami sebagai Pendidik Muzik ingin menyampaikan masej kepada semua penonton bahawa pendidikan muzik adalah lebih daripada sekadar menyanyi, bermain alat muzik dan hiburan tetapi adalah salah satu medium yang paling efektif dalam menyampaikan masej dan pengajaran yang paling berkesan dan menarik. Skop persembahan adalah menyeluruh dari segi persembahan, pengisian dan muzikaliti.

Persembahan kemuncak seni telah berlangsung untuk hari kedua. Tinggal hanya pada malam ini iaitu 3hb April 2010 untuk kepada sesiapa yang belum sempat menyaksikannya. Di sini kami pihak tenaga produksi ingin memeberi peringatan kepada para penonton yang bercadang untuk hadir menonton pertunjukkan kami pada malam ini supa hadir ke Panggung Budaya Kompleks Muzik lebih awal supaya melancarkan persembahan dan memastikan yang saudara saudari memiliki tempat duduk dan boleh menyaksikan persembahan dengan selesa. Malam ini di jangkakan kapasiti kehadiran pononton meningkat dan sesak.

Sekian terima kasih kepada semua para tetamu dan hadirin yang telah datang memeriahkan majlis kami. Di harap semua terhibur dan dapat menerima masej-masej yang ingin kami sampaikan. HIDUPKAN SATU DALAM DIRI.

Sabtu, 30 Januari 2010

Beli trumpet baru



Akhirnya apa ayg aku inginkan tercapai juga untuk memiliki trumpet baru sendiri. Gembira betul ada trumpet sendiri. Jenama trumpet ini adalah yamaha model ytr 1335 silver. Saya membelinya pada 29 hb januari 2010(jumaat), bertemankan dengan seorang rakan saya. Pada mulanya saya hendak membeli trumpet yang berwarna gold harga dalam RM 2600 tapi saya tidak suka akan trumpet itu kerana warnanya. Dalam masa membuat pilihan saya di maklumkan bahawa trumpet yang berwarna gold itu mesti ditempah baru dapat. Tapi saya tidak mahu menunggu lama untuk memiliki trumpet sendiri. Kebetulan pada masa itu trumpet model ytr 1335 silver ada stok dan boleh dapat pada hari itu. saya pun tanpa berfikir panjang terus menerima tawaran itu. Trumpet ini berharga RM 2000 tepat.
Pengenalan Web 2.0?

Sumber: Berbagai Sumber Topik: IT Tags: ensiklopedi komersial, ensiklopedi online, Micorsoft Office, server internet, Sistem Operasi, User Interface, Web 2.0
Web 2.0, sebuah kata yang belakangan ini populer di jagat internet.Apakah sebenarnya web 2.0 itu? Sehingga banyak aplikasi -aplikasi “web 2.0 wannabe” yang melabeli produk mereka dengan tulisan “web 2.0″. Apakah ini suatu trend yang sedang menjamur seperti “wabak demam” Facebook ataupun Blackberry? atau ini merupakan revolusi penggunaan internet.

Web 2.0. Istilah ini dipakai untuk menggambarkan aplikasi-aplikasi Internet generasi baru yang merevolusi cara kita menggunakan Internet. Semua aplikasi ini membawa kita masuk ke babak baru penggunaan Internet yang berbeza dengan generasi sebelumnya pada pertengahan tahun 1990-an.

What is Web 2.0 karangan Tim O’Reilly menjabarkan arti dan ciri-ciri web 2.0 tersebut. Kebetulan dia merupakan orang yang mencetuskan kata Web 2.0.


Ciri -ciri Web 2.0 diantaranya:

1. The Web as Platform

Aplikasi Web 2.0 menggunakan Web (atau Internet) sebagai platformnya. Apa yang dimaksud dengan platform ? Platform di sini adalah tempat suatu aplikasi dijalankan. Contoh platform yang terkenal adalah Windows, di mana ada aplikasi-aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Menggunakan Internet sebagai platform bermaksud aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan langsung di atas Internet dan bukan di atas satu sistem operasi tertentu. Contohnya adalah Google yang boleh diakses dari sistem operasi mana pun. Contoh lainnya adalah Flickr yang juga bisa diakses dari sistem operasi mana pun.

Kelebihannya jelas, aplikasi-aplikasi Web 2.0 ini tidak lagi dibatasi sistem operasi seperti pada Windows. Dan kita bahkan tidak perlu menginstall benda lain untuk menggunakan aplikasi-aplikasi ini !

2. Harnessing Collective Intelligence

Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang unik, yaitu memanfaatkan kepandaian dari banyak orang secara kolektif. Sebagai hasilnya muncullah basis pengetahuan yang sangat besar hasil gabungan dari pengetahuan banyak orang. Contoh yang jelas adalah Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedi online yang memperbolehkan semua orang untuk membuat dan mengedit artikel. Hasilnya adalah ensiklopedi online besar yang sangat lengkap artikelnya, bahkan lebih lengkap daripada ensiklopedi komersial seperti Encarta ! Contoh lainnya lagi adalah del.icio.us di mana semua orang saling berbagi link-link menarik yang mereka temukan. Akibatnya kita bisa menemukan “permata-permata” di Web gabungan hasil browsing dari ribuan orang. Blogosphere juga merupakan contoh kepandaian kolektif karena setiap orang bisa menulis blog-nya sendiri-sendiri lalu saling link satu sama lain untuk membentuk jaringan pengetahuan, mirip seperti sel-sel otak yang saling terkait satu sama lain di dalam otak kita.

3. Data is the Next Intel Inside

Kekuatan aplikasi Web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi Internet yang berhasil selalu disokong oleh basis data yang kuat dan unik. Contohnya adalah Google, yang kekuatannya terletak pada pengumpulan dan manajemen data halaman-halaman Web di Internet. Contoh lainnya lagi adalah Amazon yang memiliki data buku yang bukan hanya lengkap, tapi juga sangat kaya dengan hal-hal seperti review, rating pengguna, link ke buku-buku lain, dan sebagainya. Ini berarti perusahaan yang unggul adalah perusahaan yang menguasai data.

4. End of the Software Release Cycle

Aplikasi Web 2.0 memiliki sifat yang berbeza dengan aplikasi pada platform “lama” seperti Windows. Suatu aplikasi Windows biasanya disesuaikan setiap dua atau tiga tahun sekali, misalnya saja Microsoft Office yang memiliki versi 97, 2000, XP, dan 2003. Di lain pihak, aplikasi Web 2.0 selalu di-update secara berterusan karana sifatnya yang bukan lagi produk melainkan layanan. Google misalnya, selalu di-update data dan programnya tanpa perlu menunggu waktu-waktu tertentu.

5. Lightweight Programming Models

Aplikasi Web 2.0 menggunakan teknik-teknik pemrograman yang “ringan” seperti AJAX dan RSS. Ini memudahkan orang lain untuk memakai ulang layanan suatu aplikasi Web 2.0 guna membentuk layanan baru. Contohnya adalah Google Maps yang dengan mudah dapat digunakan orang lain untuk membentuk layanan baru. Hasilnya ialah muncullah layanan-layanan seperti HousingMaps yang menggabungkan layanan Google Maps dengan Craigslist. Layanan seperti ini, yang menggabungkan layanan dari aplikasi-aplikasi lainnya, dikenal dengan istilah mashup.

6. Software Above the Level of a Single Device

Aplikasi Web 2.0 bisa berjalan secara terintegrasi melalui berbagai device. Contohnya adalah iTunes dari Apple yang berjalan secara terintegrasi mulai dari server Internet (dalam bentuk toko muzik online), ke komputer pengguna (dalam bentuk program iTunes), sampai ke mobile device (dalam bentuk iPod). Di masa depan diperkirakan akan makin banyak aplikasi-aplikasi yang memiliki sifat ini, misalnya demo Bill Gates di CES 2006 menunjukkan integrasi hantar device yang menarik.

7. Rich User Experiences

Aplikasi Web 2.0 memiliki user interface yang kaya meskipun berjalan di dalam browser. Teknologi seperti AJAX memungkinkan aplikasi Internet memiliki waktu respons yang cepat dan user interface yang intuitif mirip seperti aplikasi Windows yang di-install di komputer kita. Contohnya adalah Gmail, aplikasi email dari Google yang memiliki user interface revolusioner. Contoh lainnya lagi adalah Google Maps yang meskipun berjalan dalam browser namun bisa memberikan respons yang cepat saat pengguna menjelajahi peta.

Apakah suatu aplikasi harus memiliki ketujuh ciri-ciri ini untuk bisa disebut “Web 2.0? ? Jawabannya adalah tidak. Namun semakin banyak ciri-ciri yang dimiliki berarti aplikasi itu semakin “Web 2.0? ! Dan satu hal lagi, meskipun contoh-contoh yang diberikan di atas banyak berasal dari keluarga Google, tapi sebenarnya masih banyak aplikasi Web 2.0 yang lain. Di kesempatan lainnya kita akan melihat contoh aplikasi-aplikasi Web 2.0 yang sedang berkembang saat ini.

sumber: gayahidupdigital.com

Kegunaan web 2.0 dalam Pembangunan Blog.

Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Tetapi, dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi. Dunia kini menjadi semakin sempit kerana komunikasi boleh berlaku di mana-mana sahaja, bila-bila masa dan dengan sesiapa pun tanpa sebarang halangan. Rentetan itu perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya secara maya.

Menurut Tim Berners Lee iaitu seorang pencipta web, web 2.0 merupakan pengganti atau satu inovasi kepada web 1.0. Hal ini adalah kerana ia merupakan satu jaringan piawaian yang dihasilkan daripada web 1.0. Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut. Di samping itu, web 2.0 juga bersifat mesra pengguna kerana ia memudahkan sesiapa sahaja menggunakannya ekoran ia mengandungi ciri-ciri ’apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat’ (WYSIWYG – What You See Is What You Get). Sebenarnya nama web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja.

Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana (generating), menggunakan semula kandungan dan sebagainya.
Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web 2.0 adalah didorong oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini akan membenarkan kandungan dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana menghadkan lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Pihak pemaju atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Selaras dengan sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki dan mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi.

Secara amnya, web 2.0 mengandungi beberapa aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri tertentu serta dapat dijalankan secara terus melalui pelayar web tanpa perlu memasang (install) sebarang perisian. Antaranya ialah Podcast, Blog, Wiki serta rangkaian sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter dan sebagainya. Misalnya Friendster, ia merupakan suatu komuniti maya yang membolehkan pengguna mencari rakan baru, berkomunikasi dengan rakan sedia ada, berkongsi sebarang maklumat, menganjurkan aktiviti dan berhubung semula dengan rakan lama. Laman komuniti yang beribu pejabat di Mountain View, California ini bukan sahaja mempunyai 4.2 juta pengguna berdaftar di Malaysia malah pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Time Magazine's 50 Coolest Websites 2004 dan Coolest Inventions 2003.

Dahulunya, Friendster merupakan sebuah laman web yang kecil. Tetapi kini ia telah bertukar menjadi sebuah laman web yang amat digemari oleh sesiapa sahaja khasnya golongan muda. Mungkin di Amerika atau negara-negara barat yang lain kurang menggunakan Friendster sebagai laman komuniti mereka, tetapi di Malaysia dan negara-negara Asia yang lain Friendster mendapat lebih perhatian. Hal ini adalah kerana satu kajian mendapati bahawa 29% daripada populasi pengguna internet di Malaysia memiliki Friendster. Selain itu, menurut Pengarah Perhubungan Awam dan Pemasaran Friendster, Jeff Roberto, pengguna Malaysia merupakan pengguna Friendster paling aktif di dunia. Kebanyakan pengguna Malaysia menghabiskan masa 245 minit setiap bulan untuk melayari laman komuniti ini.

Umumnya, selain dapat menjalinkan hubungan persahabatan, pengguna juga boleh mengubahsuai antaramuka laman mengikut idea dan kreativiti mereka sendiri. Di antaranya mereka boleh mengubahsuai latar belakang, memasukkan elemen-elemen seperti audio, video, grafik, animasi dan teks. Mereka boleh memilih sama ada ingin memasukkan latarf belakang daripada ’template’ yang telah disediakan atau ingin memasukkannya melalui kod-kod yang disediakan dalam laman-laman web tertentu. Selain itu, pengguna juga akan diberi peringatan mengenai hari lahir sahabat mereka. Peringatan tersebut dihantar melalui emel. Hal ini membolehkan seseorang itu menjadi seorang rakan yang disenangi ramai. Setelah diingatkan, mereka boleh menghantar komen atau sebarang grafik kepada rakan yang menyambut ulang tahun itu dengan menghantar satu mesej yang menarik yang boleh didapati di mana-mana laman web yang berkaitan. Bagi menambahkan lagi laman mereka, pengguna boleh menambah elemen audio yang akan dimainkan secara automatik.

Namun, jika dilihat dari aspek rekabentuk antaramuka Friendster itu sendiri, ia juga mempunyai beberapa keburukan seperti proses untuk memuat naik gambar adalah sangat lambat dan hanya boleh memasukkan gambar yang bersaiz kurang daripada 2Mb . Ini akan menyebabkan masa pengguna terbuang sekiranya mereka ingin memuat naik sesuatu gambar. Mereka perlu mengubah saiz gambar tersebut sebelum proses memuat naik gambar dilakukan. Selain itu, sebarang penyebaran video yang tidak bermoral juga boleh berlaku dengan mudah. Malah, penyebaran video itu juga turut menggunakan nama atau identiti salah seorang daripada rakan pengguna. Hal ini akan menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap individu tersebut. Jika dilihat daripada menu mesej yang disediakan, kadang-kadang pengguna menerima mesej yang sama ekoran daripada mesej yang telah di’forward’ tidak dapat ditapis dan disekat.

Namun demikian, jika dilihat dari aspek kepenggunaan pula, terdapat beberapa keburukan akibat daripada menggunakan laman web komuniti ini. Di antaranya ialah berlaku penyamaran oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Hal ini akan menyebabkan beberapa gejala seperti culik, rogol, peras ugut dan sebagainya. Selain itu, ia juga akan menyebabkan ketagihan menggunakan internet yang melampau. Akibat daripada itu, mereka lebih cenderung untuk menjadi seorang yang tidak menghiraukan dunia luar, tiada keyakinan diri dan berpotensi menjadi seorang yang pasif. Ini akan menyebabkan mereka diibaratkan seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, mereka juga kurang bergaul dan bersosial dengan rakan yang dekat ekoran hanya memberi tumpuan kepada rakan dalam ruang maya sahaja. hal ini sedikit sebanyak akan cenderung ke arah keretakan dan kerenggangan hubungan persahabatan yang dijalinkan secara realiti. Di samping itu,

Secara keseluruhannya, web 2.0 ini bukan sahaja mempunyai kebaikan malah turut juga mempunyai kekurangan. Oleh hal yang demikian, pengguna harus mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada ketika menjalinkan persahabatan melalui ruang maya seperti Friendster ini. Mereka tidak harus cepat percaya dengan penyamaran dan penipuan yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini. Selain itu, masa penggunaan ruang maya ini juga harus dihadkan supaya sindrom ketagihan internet dapat diatasi.

Sumber:http://qmt323e.wikispaces.com/file/view/ulasan+web+2.0.doc

Jumaat, 15 Januari 2010

Hari-hari aku tiup trumpet sampai bibir aku dah nak bengkak. Kalau tidak percaya lihat video yang aku paparkan di bawah. Kerjasama yang erat dalam satu rumah dengan praktis bersama-sama untuk menujuh kejayaan dalam dunia sahaja ya....ehhehehehe...sak......si........kan...kan...kan


Kalau mau lihat sambungan Video ini??? Sila dapatkan di pasaran dengan kadar segera sehingga stok masih ada...cepat!!!!

Rabu, 13 Januari 2010



Assalammualaikum, video ini dirakam untuk lepaskan boring masa cuti sem baru-baru ini. Lagu ini telah dimainkan oleh tiga orang adik-beradik. Saksikan video yang menarik ini. Layan......

Nike Max


Nike Widget by Widgia